Latar Belakang Penubuhan SSeM Sabah

Penubuhan SSeM Sabah telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2014 pada 26 November 2013 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan. Pada 25 Mac 2014, permohonan pembinaan SSeM Sabah telah dimasukkan dalam RMKe-11. Pada 10 Jun 2014 cadangan YAB Ketua Menteri Sabah untuk membina SSeM Sabah di Sandakan telah dipersetujui. Kerajaan Negeri telah melulus dan menyediakan tanah seluas 40 ekar di Hub Pendidikan Sandakan sebagai tapak pembinaan SSeM Sabah. SMK Elopura Sandakan akan dijadikan tapak sementara Program Pendidikan Seni bagi Penubuhan Sekolah Seni Malaysia Sabah sementara menunggu pembinaan bangunan SSeM Sabah di Hub Pendidikan Sandakan. Lanjutan dari itu, beberapa mesyuarat yang melibatkan BKK, JPN Sabah, PPD Sandakan dan SMK Elopura telah berlangsung untuk memastikan SSeM Sabah mula beroperasi pada tahun 2016. Sehubungan dengan itu, pendaftaran ambilan pertama sesi 2016 telah berlangsung pada 13 Februari 2016 dan murid perintis bagi SSeM Sabah adalah seramai 50 orang terdiri daripada anak-anak dari seluruh negeri Sabah.

Visi dan Misi

Visi

PENJANA PEWARIS BUDAYA BANGSA

 

Misi

MEMBANGUN DAN MENGGILAP POTENSI DAN BAKAT MURID DALAM BIDANG KESENIAN KE TAHAP OPTIMUM MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

Data Murid Perintis SSeM Sabah